Customer Support

+60 19-616 1987|storytime@arasmega.com
StoryTime Logo
WorksheetsStoriesDownloadContactFAQ
WorksheetsStoriesDownloadContactFAQ
Login
← Back

StoryTime Menyapa Dunia Kanak-Kanak di Konvokesyen Bir Ali

Pembukaan baru untuk StoryTime!

Khairuna SyafiahKhairuna Syafiah·13 Mar 2026
StoryTime Menyapa Dunia Kanak-Kanak di Konvokesyen Bir Ali

StoryTime Menyapa Dunia Kanak-Kanak di Konvokesyen Bir Ali

Pembukaan baru untuk StoryTime!

Selamat tahun baru 2026! Jadi, menjelang dengan tahun baru ini dan juga kembalinya anak-anak ke sekolah, StoryTime nak cerita sikit. Pada 21 Disember 2025, Bir Ali, The Sunnah Preschool mengadakan Takharruj Ceremony, Appreciation and Talent Show 2025 yang merupakan acara penutup tahunan bagi menghargai pencapaian guru dan pelajar serta persembahan khas dari anak-anak Bir Ali. StoryTime pertama kalinya menjadi penaja dan membuka booth di Auditorium Angkasa Ungku Abdul Aziz. Team StoryTime yang terlibat pada acara kali ni hanya lima orang.

Suasana di Auditorium Angkasa

Selamat Hari OKU Sedunia

Acara pada hari itu terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi bermula pada jam 7.30 pagi, seawal itu, kehadiran ibu bapa dan pelajar mula memenuhi ruang legar auditorium dan disitu juga terdapat booth StoryTime. Di ruang itu dipenuhi dengan ibu, bapa dan anak-anak yang akan graduasi, segak memakai mortar board dan jubah konvokesyen. Tidak lupa juga pada anak-anak yang cantik memakai kostum untuk membuat persembahan. Ada yang jadi bunga, ada yang jadi lebah dan ada juga yang memakai kostum gajah dan juga pokok. Bersesuaian dengan teman Floral Fantasy, para guru dan ibu indah dan sopan mengenakan jubah, baju kurung, kebaya malah memakai dress serta aksesori yang bersesuaian dengan tema. Tidak ketinggalan juga para bapa yang segak mengenakan kemeja-T berkolar, berkot dan juga berbaju Melayu.

Apabila acara bermula, suasana ruang legar yang riuh kembali sepi. Semua hadirin telah memenuhi ruang auditorium, teruja hendak melihat anak-anak naik pentas. Walaupun ruang legar sunyi tanpa tetamu, terdapat segelintir anak-anak yang bermain di kawasan itu bagi menghormati majlis. Jangan risau, mereka diawasi oleh penjaga. Apabila anak-anak datang ke booth StoryTime, sangat menarik melihat interaksi mereka dengan StoryTime. Ada anak yang takut-takut hendak mencuba dan ada yang terus tekan aktiviti digital yang menarik perhatian mereka. Kanak-kanak seawal umur 3 tahun hingga 7 tahun, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan tidak takut untuk mencuba benda baharu. Oleh itu, mereka bebas meneroka aktiviti-aktiviti digital dalam StoryTime. Seronok melihat anak-anak ini bermain sambil bercerita menggunakan StoryTime.

Dari pemerhatian kami, salah satu aktiviti digital yang menjadi tarikan mereka adalah Dress Up. Pelbagai pakaian yang dipakaikan pada avatar di dalam aktiviti itu. Sambil anak-anak ini bermain, riuh mulut mereka bercerita.

'Hari ini pakai baju pink sebab nak pergi taman.'

'Pakai baju doktor, nak selamatkan pesakit.'

'Nak pergi main bola, kena pakai baju yang ni, kasut yang ni.'

Aktiviti Dress-up StoryTime Game Dress-up islamik

Seronok mendengar celoteh mereka. Ada sahaja cerita yang mereka ingin sampaikan. Bukan itu sahaja, aktiviti digital seperti Words yang berkonsepkan taman tema membuatkan anak-anak seronok bermain. Memasukkan huruf ke dalam rumah hantu, meletak huruf di atas carousel atau ferris wheel dan melihat huruf itu berpusing, kumpulkan huruf-huruf di hadapan tapak konsert sambil bernyanyi dan menyusun huruf membentuk nama mereka sendiri.

Semasa anak-anak mencuba aktiviti digital StoryTime, ibu bapa ada mengawasi segala tindak-tanduk mereka. Ada yang memberi reaksi yang positif dan ada juga memberi respon yang sedikit skeptikal. Pihak kami memahami akan kerisauan ibu bapa terhadap anak menggunakan gadget secara berlebihan dan menjadi ketagih screen time. Namun, itulah tujuan utama StoryTime, to end kids screen time addiction. Aplikasi ini dibina bukanlah bertujuan untuk menambah beban ibu bapa tetapi meringankan kerisauan ibu bapa.

Di sini, kami meyakinkan ibu bapa bahawa aplikasi StoryTime ini selamat untuk digunakan oleh anak-anak. Tiada iklan di dalam aplikasi, aktiviti digital yang memberansangkan, tiada unsur gamifikasi yang boleh menyebabkan anak-anak ketagih, aktiviti digital low stimulation membantu dalam perkembangan minda anak dan muted colour dapat mengurangkan overstimulation anak-anak. Oleh itu, anak-anak bebas meneroka dunia digital tanpa risau kerana StoryTime ini direka khas untuk mereka.

Langkahnya Kecil, Impaknya Jelas

Pengalaman team StoryTime di Bir Ali ini benar-benar memberi kesan yang mendalam. Melihat reaksi anak-anak yang teruja, berani mencuba dan bebas bercerita melalui aktiviti digital memberi satu kepuasan yang sukar digambarkan. Celoteh spontan mereka, tawa kecil ketika bermain dan fokus yang ditunjukkan membuktikan bahawa kanak-kanak mampu berinteraksi dengan teknologi secara sihat apabila ia direka khas mengikut keperluan perkembangan mereka. Pada masa yang sama, kami turut melihat reaksi ibu bapa yang pada awalnya berhati-hati, namun perlahan-lahan menunjukkan rasa yakin apabila melihat sendiri bagaimana anak-anak mereka bermain dengan tenang tanpa rangsangan berlebihan.

Bagi kami, pengalaman ini bukan sekadar penyertaan dalam sebuah acara, tetapi satu pengesahan terhadap misi kami untuk membantu ibu bapa mengurus screen time anak-anak dengan lebih baik. Kami berharap langkah kecil ini menjadi pembuka jalan kepada lebih banyak kolaborasi dan kepercayaan pada masa hadapan. Kepada ibu bapa dan pendidik, kami menjemput anda untuk mengenali StoryTime dengan lebih dekat, muat turun aplikasi StoryTime dan alami sendiri bagaimana anak-anak boleh bermain, belajar dan bercerita dalam dunia digital yang selamat, menenangkan dan bermakna.

Inbox Preview

Screen Time doesn't have to be Scream Time

Kids apps are causing tantrums. Not StoryTime. Our calm, low-stimulation design and open ended activities tickle your little one's brain and make them think creatively.

TRY STORYTIME FOR FREE

About us

  • Mission
  • Approach
  • Press

Activities

  • ABCs
  • Motion
  • Hijaiyah
  • Pixel
  • Dress-up
  • Hijri
  • Shapes
  • Feel
  • Colour
  • Balance

Apps

  • StoryTime for Android
  • StoryTime for iOS

Social

  • Blog
  • TikTok
  • Instagram
  • Thread

Help and support

  • Parents guidelines
  • StoryTime FAQs
  • Refund
  • Contact us

Terms and Privacy

  • Terms
  • Privacy

© 2026 Aras Mega (M) Sdn Bhd. All rights reserved.